Anda ada sebarang masalah?

Dapatkan nasihat dalam pelbagai permasalahan dari pakar-pakar kami di UniSZA

Mengenai Kami

Program khidmat nasihat dari UniSZA kepada komuniti secara dalam talian

Tanya Pakar UniSZA merupakan platform untuk masyarakat mendapatkan khidmat nasihat dari pakar-pakar di UniSZA. Khidmat nasihat yang disediakan meliputi pelbagai bidang seperti keagamaan, perniagaan, pertanian, kerjaya, kebajikan sosial, terapi seni, alam sekitar, komputer, undang-undang, dan permasalahan OKU.

Percuma

Khidmat nasihat diberikan secara percuma kepada segenap masyarakat sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) UniSZA.

Hanya di Hujung Jari

Masyarakat dapat berhubung dengan Pakar-pakar UniSZA dengan mudah menggunakan aplikasi mudah alih WhatsApp.

Pantas

Pengguna akan berhubung secara real-time terus dengan panel pakar. Tidak perlu menunggu sehingga berhari-hari untuk menjawab persoalan anda.



Maklumat dihujung jari dengan 3 langkah mudah.

Dapatkan maklumat atau konsultasi mengenai perkara yang anda inginkan daripada pelbagai bidang bersama pakar-pakar kami.

1. Daftar

Anda perlu memberikan beberapa maklumat asas bagi memudahkan kami membantu anda. Maklumat anda akan dirahsiakan.

2. Dapatkan e-Tiket

Dapatkan e-Tiket dari sistem kami bagi setiap sesi perundingan atas talian yang anda ingin dijalankan. Seorang pakar akan ditugaskan kepada anda.

3. Mulakan Sesi

Kami akan hubungkan anda dengan pakar kami melalui aplikasi WhatsApp. Sila hantarkan tiket anda kepada pakar yang ditugaskan bagi memulakan sesi perundingan.